Monday 10 March 2014

mh370, terhempas?@ pengganas?@ alam,ghaib? @sebagainya.

Innnalillah...... Begitulah qada' dan qadar.

alhamdulillah. rozita che wan dan zain saidin cahaya mata berusia

Terbaca bila Search google bhawa che ta dan zain bkl mnimang cahya mata. Ha, berhasil gitew!kite happy sgt. Bkn Ape...trasa ktulusan cinta diorang bl mngikuti kisah 😍 diorang smpi bgelar husbnd n wf. tahniah che ta, jaga ksihatn, jgn culas dgn vit n supplmn pregnnt lady. Doa byk, agar bby sihat. Tahniah!

Sunday 2 March 2014

Anak Sembelit: Deritamu, Deritaku Jua....

Assalamualaikum....

Cik Myra dah masuk 3 minggu dah berak sendat... hu hu.. deritanya tengok, macam nak tolong berak je. Hujung minggu begini, aku try macam2 petua. Maklumlah, klau hari bekerja, doa dari jauh je yg dpt aku buat. Setelah meng'google' nampak jgak keberhasilan dan kemenjadiannya. he heh!




1. Doa Pada Allah. Kan doa senjata orang Islam. Urut perut dia lepas mandi dengan membaca AlFatihah. Apa2 penyakit kita baca Al Fatihah coz Surah ni ibu Al Quran. Then, baca Surah Al Hasyr Ayat 21 -24. Zaman sekolah menengah dulu kt ada menghafal surah ni. tinggal recall sj n baiki2 yg rosak (heh heh). kalau tak ingat, click video di bawah:

Lepas tu, baca Selawat Syifa'. Kalau tak hafal, baik hafalkan coz selawat ni berguna utk kita:


Masa buat tu Cik Myra suka, sebab mommy baca tiup-tiup. Bab tiup2 memang dia suka. aku pun buat macam bomoh menjampi lagaknya. Waktu baca tiga perkara ni, letak jari dekat pusat. lepas habis baca teruskan urutan keluar memusing ikut jam. Alhamdulillah, terkentot cik Myra kena penangan doa nih.

2. Cuba susu nih, NOVALAC IT. Rasa macam berkesan. Hari Isnin hantar kat nursery, teacher dia kt ada pemberakan berlaku. Cik Myra ni, ms kat rumah tak nak susu botol, jd aku serah je kat nursery. kira ok la tu, ade berak wlpun meneran jgak.

3. Daun Kunyit. Yg ni pun boleh cuba. kalau dah ade rimbunan pokok kunyit belakang rumah boleh la coba. layurkan dulu daun kunyit atas api, kemudian tuam atas perut dia. Cik Myra nangis jgak, tak selesa ade panas skit2. Tapi On the spot nia mneran tahi. Coba, jgn tak coba!


Stakat ni saja entry hari ni.... jgn biarkan derita itu dipertontonkan. ngeh ngeh! Asslmkm...

Saturday 1 March 2014

Budaya Kenduri di Sarawak

Assalamualaikum dan Selamat Berhari Ahad...

Hujung minggu begini sinonim sangat dengan kenduri kendara. tak kira lah kenduri kawen ke, doa selamat ke tau ape je. bagi aku yang bekerja ni, jemputan kenduri lah paling aku tak suke. bukan aku anti sosial mcm yg hubby aku dakwakan. biar aku jelaskan, isnin sampai jumaat sibuk bekerja,  rushing aje...mengah dibuatnye. surirumah yang bekerjaya faham lah ye. itulah CABARAN! duduk rumah tunggu duit suami je pun tak seronok. klu kerja, gine lah gaya nya... beronok-ronok.

K, berbalik dgn budaya kenduri di Sarawak, sy pasti amat berbeza dgn semenanjung n Sabah. Kenduri di Sarawak dipanggil PENGILAN/PERILAN. Masa kecik2 dulu ade tny guru, mcm mn dpt pkataan tu. Hrmmm... asalnya dari perkataan FREE LUNCH. Ha canggih kau! 

  1. Dari segi masa- Kenduri di Sarawak diadakan biasanya dari pukul 10 pg sampai 11.30 cam tu je. kalau anda jemputan biasa la. klau anda jemputan berzikir @bermarhaban awal lagi la. Lain kan? Kalau di Semenanjung sudah pasti sepanjang hari tu. kalau anda mendapat jemputan kawen jgn datang lambat lambat. Nanti hanya jumpa org dah kemas2 kan meja kerusi.
  2. Sampul Surat- he he! yang ini pelik. kalau rujuk asal perkataan PENGILAN/PERILAN yang membawa maksud kenduri sudah tentu kita terbayang dgn makan tengah hari percuma. Tapi walaupun dipanggil FREE LUNCH, kt tetap digalakkan menghulurkan sampul berisi wang kepada tuan rumah yg buat kenduri. tak kira la berapa nak letak. RM3 @RM5 @RM10, tu amoun biasa. Klau kt sedara dekat adik beradik pny kenduri letak le RM 50. bkn ape, utk ringankan beban tn kenduri. hihihi. 
  3. Makan Seperah- ha, yg ni tentu korang tertanya2. kenduri kat sarawak dulunya disusun ikut seperah. takde buffet. Sekarang ni je org buat stlye buffet, ikut kesesuaian. Tp, klu kenduri kawen jarang sangat buat buffet. Setiap hidangan dimeja dihidangkan kepada empat kepala per seperah. 4pax/seperah. faham ker? setiap meja tu, diletakkan 2 set lauk. Jadi dua kepala makan satu set lauk tu. Maksudnya klu lauk ade ayam, daging , pajeri dan sayur, maka disusun 2 set lauk yg sama dalam satu hidangan yg diduduk oleh 4 org jemputan. buah dan air basuh tgn satu je. maksudnya korang akan duduk berempat-empat menghadap hidangan tu.
  4. Pakaian- cam tempat lain gak. sukati korang nak meragam. hi hi
  5. Balik le, ape lg. klu nak tunggu pengantin bersanding, duduklah masuk dalam rumah. heheh.  Aku tak suka kerja tu melainkan sepupu sepapat aku yg kawen. klu sedara jauh, cukupla datang melaksanakan kewajipan seruan orang.
Sebenarnya bnyk lg kelainan, kalau kenduri dibuat mengikut budaya tradisional terutama di kampung2. Yang ini kebanyakkan di Kampung area bandar dan taman2 perumahan. Kalau nak tahu cara yang lebih tradidional lg, nanti bolehlah di tulis dalam entry yang lain. klu ade permintaan lah... hu hu

itew jer yang aku nak kongsikan pd pg Ahad nih.  Asslmkm.

alhamdulillah....

aslmkm...

alhamdulillah, tercipta jugak blog aku. Tu je yang aku nak catatkan.

Teringan membuat blog kerana sebenarnya aku suka menulis. Cuma sejak kesibukan melanda aku rasa bakat itu tenggelam perlahan-lahan. Bila melihat anak juga suka menulis, aku rasa bakat itu seperti terpanggil. Boleh jugak kongsi bakat ngan anak-anak. Kan anugerah tu. Anak kt yg berbakat menulis tu baru darjah 2. Bila baca cerita yang dia hasilkan, kadang-kadang rasa nak pecah perut. Tapi control lah kan... untuk tak mengecewakan dia.

Aku harap ini bukan entry aku yg first and the last... hu hu hu. Yelah sibuk memanjang. Dengan adanya entry2 mendatang, harapnye kt dapat berkenalan dengan lebih rapat lg.

aslmkm....