Hujung minggu begini sinonim sangat dengan kenduri kendara. tak kira lah kenduri kawen ke, doa selamat ke tau ape je. bagi aku yang bekerja ni, jemputan kenduri lah paling aku tak suke. bukan aku anti sosial mcm yg hubby aku dakwakan. biar aku jelaskan, isnin sampai jumaat sibuk bekerja, rushing aje...mengah dibuatnye. surirumah yang bekerjaya faham lah ye. itulah CABARAN! duduk rumah tunggu duit suami je pun tak seronok. klu kerja, gine lah gaya nya... beronok-ronok.
K, berbalik dgn budaya kenduri di Sarawak, sy pasti amat berbeza dgn semenanjung n Sabah. Kenduri di Sarawak dipanggil PENGILAN/PERILAN. Masa kecik2 dulu ade tny guru, mcm mn dpt pkataan tu. Hrmmm... asalnya dari perkataan FREE LUNCH. Ha canggih kau!
- Dari segi masa- Kenduri di Sarawak diadakan biasanya dari pukul 10 pg sampai 11.30 cam tu je. kalau anda jemputan biasa la. klau anda jemputan berzikir @bermarhaban awal lagi la. Lain kan? Kalau di Semenanjung sudah pasti sepanjang hari tu. kalau anda mendapat jemputan kawen jgn datang lambat lambat. Nanti hanya jumpa org dah kemas2 kan meja kerusi.
- Sampul Surat- he he! yang ini pelik. kalau rujuk asal perkataan PENGILAN/PERILAN yang membawa maksud kenduri sudah tentu kita terbayang dgn makan tengah hari percuma. Tapi walaupun dipanggil FREE LUNCH, kt tetap digalakkan menghulurkan sampul berisi wang kepada tuan rumah yg buat kenduri. tak kira la berapa nak letak. RM3 @RM5 @RM10, tu amoun biasa. Klau kt sedara dekat adik beradik pny kenduri letak le RM 50. bkn ape, utk ringankan beban tn kenduri. hihihi.
- Makan Seperah- ha, yg ni tentu korang tertanya2. kenduri kat sarawak dulunya disusun ikut seperah. takde buffet. Sekarang ni je org buat stlye buffet, ikut kesesuaian. Tp, klu kenduri kawen jarang sangat buat buffet. Setiap hidangan dimeja dihidangkan kepada empat kepala per seperah. 4pax/seperah. faham ker? setiap meja tu, diletakkan 2 set lauk. Jadi dua kepala makan satu set lauk tu. Maksudnya klu lauk ade ayam, daging , pajeri dan sayur, maka disusun 2 set lauk yg sama dalam satu hidangan yg diduduk oleh 4 org jemputan. buah dan air basuh tgn satu je. maksudnya korang akan duduk berempat-empat menghadap hidangan tu.
- Pakaian- cam tempat lain gak. sukati korang nak meragam. hi hi
- Balik le, ape lg. klu nak tunggu pengantin bersanding, duduklah masuk dalam rumah. heheh. Aku tak suka kerja tu melainkan sepupu sepapat aku yg kawen. klu sedara jauh, cukupla datang melaksanakan kewajipan seruan orang.
Sebenarnya bnyk lg kelainan, kalau kenduri dibuat mengikut budaya tradisional terutama di kampung2. Yang ini kebanyakkan di Kampung area bandar dan taman2 perumahan. Kalau nak tahu cara yang lebih tradidional lg, nanti bolehlah di tulis dalam entry yang lain. klu ade permintaan lah... hu hu
itew jer yang aku nak kongsikan pd pg Ahad nih. Asslmkm.
No comments:
Post a Comment